Sunday, March 2, 2014

Jalan Dakwah…Inilah Cirinya

jalan-dakwah






















Ciri Pertama :  As-Sumuyy wa an-Nazahah [Tinggi ,suci dan bersih] – Jalan ini melangkaui dan melepasi ketamakan individu..juga tiada disebaliknya manfaaat dan habuan kebendaan yang akan diperolehi..jalan ini menolak kehendak nafsu dan syahwat dunia.
Ciri Kedua : Tenggelam dan fana’ di dalam dakwah – mereka yang berada di atas jalan ini adalah mereka yang menguasai seluruh selok belok ruang lingkup humum dakwah lantas dia menyerahkan seluruh jiwa raga..masa…harta..wang ringgit..hidup…dan segala-galanya demi untuk dakwah tercinta.
Ciri Ketiga : Bekerja keras,berbakti dan berkorban untuk orang lain – ia menuntut  saling takaful,thabat di atas prinsip dakwah dan tidak mundur saat senang atau susah..ketika suka atau benci..tanpa mengharap habuan jawatan..pangkat..kedudukan..populariti,pujian serta ganjaran manusia kerana dia yakin bahawa ganjaran hakiki adalah dari allah..berjuang untuk membuka pintu hidayah kepada manusia.
Ciri Keempat : Jauh dari meminta pujian dan sanjungan – para du’at di jalan allah tidak melihat diri mereka lebih baik dari orang lain bahkan mereka menyakini semuanya itu adalah kelebihan yang diberikan Allah.
Ciri Kelima : Wudhuh [Jelas] – jalan ini jelas dan terang seterang sinar matahari..amat cerah  seumpama mentari pagi dan nyata di tengah terik panas hari..jalan ini jelas manhaj..jelas..tujuannya..jelas seruan dakwahnya.
Ciri Keenam : Penuh kebijaksanaan [hikmah] – mereka yang tidak memiliki cahaya hikmah, tidak akan mampu berjalan di atas jalan ini sekalipun dia adalah seorang pemuda..dia amat berhajat kepada hikmah para syuyukh dakwah ..manakala mereka yang jauh dari cahaya hikmah ini akan mendekati kemudaratan bahkan membawa dia menyeleweng dari ketulenan jalan ini.
Ciri Ketujuh : Ihtmi’nan [Ketenangan] – yang berada di atas jalan ini menuntut sifat ithmi’nan [tenang] agar mereka yang berjalan di atas jalan ini tidak dirundung perasaan syak,ragu-ragu sehingga membawa kepada rasa tewas,putus asa dan lemah semangat…sedangkan ketika dia diuji dengan penyeksaan… dia sentiasa mengingati Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Kuat.
Ciri Kelapan : Jauh dan berliku perjalanannya – jalan ini jauh dan berliku..hasil dan buahnya memakan masa..jalan yang panjang ..ia menuntut kesabaran,ketekunan,ketabahan,sanggup menanggung susah payah. Jalan ini tiadak akan mampu dilalui bagi mereka yang gopoh gapah, ingit memetik hasil dengan segera, juga bagi mereka yang tidak menyiapkan segala kekuatan persiapan dari faham,ikhlas, amal, pengorbanan, tajarud, jihad,thabat,taat, thiqah dan ukhuwwah.
Ciri Kesembilan : Sukar dan payah – jalan ini sukar dan payah, penuh onak dan ranjau berliku,tidak dihampari permaidani indah. Tidak akan mampu bertahan di atas jalan yang penat dan melelahkan ini melainkan bagi mereka yang wafa’ dan tinggi kecintaan kepada jalan ini mengatasi segala-galanya di dalam hidupnya kendatipun habuan kesenangan dunia.
Ciri Kesepuluh : Sira’ [Pertembungan yang berterusan] – jalan dakwah adalah jalan pertarungan..jalan pertembungan..antara kebenaran dan kebatilan..antara iman dan kufur…antara Islam dan Jahiliyah…antara yang golongan yang adil dan penguasa yang thaghut…antara pendokong Muhammad SAW dan pendokong hawa nafsu dan pengikut Syaithan. Tidak akan tenang pejuang kebenaran sedangkan pendokong kebatilan bermaharajalela..begitulah sebaliknya..pendokong kebatilan tidak merasa tenteram selama mana pejuang kebenaran mencabar hak dan autonomi mereka..ia adalah ma’rakah antara kem kebenaran dan kem kebatilan..sejak dahulu,kini dan berkesinambungan hingga hari Kiamat.
Inilah cirri-ciri dakwah yang perlu dilalui bagi para du’at hari ini..mereka yang telah menyempurnakan ciri –ciri ini maka dia telah menjadi sebenar-benar pejuang dakwah . Jika masih belum, perlengkapkanlah di dalam hidup sebagai seorang dai’e, pertingkatkanlah kefahaman, ikhlaskan hati sebelum beramal. Hanya kefahaman yang sohih dan ikhlas di atas jalannya membawa thabat di atas perjuangan ‘ala toriq dakwah.

0 comments: