Wednesday, April 24, 2013

FIQH AMAL ISLAMI - DATO' HAJI HARUN TAIB



OLEH 
MUQADDIMAH
Memahami Islam, perjuangan dan gerak kerjanya adalah suatu perkara yang sangat mustahak bagi setiap orang yang mungkin menceburkan dirinya di dalam perjuangan Islam.
Jika tidak, mungkin kegiatan dan tindakannya akan bertentangan dan menyimpang jauh dari kehendak Islam. Akhirnya gerakan menjadi hancur dan para pejuang menjadi mangsa.

Kertas ini cuba memberi gambaran ringkas berkenaan tajuk “kefahaman” agar setiap yang terlibat dapat menilai dan membuat keputusan dan tindakan yang betul selaras dengan kehendak Islam.
MEMAHAMI ISLAM
Semua yang terlibat di dalam gerakan Islam memahami:
a) Bahawa Islam itu agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia, aqidah dan syariah, agama dan negara. Oleh kerana itu, ia mestilah bersedia untuk membetulkan aqidahnya, ibadahnya dan lain-lain perkara supaya selaras dengan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.
b) Ia hendaklah memahami bahawa al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qias itu merupakan rujukan bagi orang-orang Islam, pendapat sesiapa jua pun yang bertentangan dengan sumber-sumber tersebut tidak boleh dihormati dan dipatuhi.
c) Oleh itu, pendapat pimpinan yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati dan dipatuhi sekalipun tidak sama dengan pendapat sendiri.
d) Perselisihan pendapat dalam masalah furu’ adalah perkara boleh dan tidak dapat dielakkan. Oleh kerana itu, setiap muslim yang belum mencapai martabat ijtihad hendaklah ia menerima pakai mana-mana pendapat alim ulama’ yang mu’tabar dan janganlah dijadikan berlainan pendapat serta pandangan dalam masalah furu’ itu punca pertelingkahan dan perpecahan dikalangan anggota.
e) Setiap anggota hendaklah faham, ia tidak boleh mengkafirkan seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah selama mana ia beramal dengan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah itu dan selama mana ia tidak mengeluarkan kata-kata yang menjadikan seseorang itu terkeluar daripada Islam atau ia mengingkari sesuatu yang diketahui secara dharuri atau secara mudah dan tidak payah berfikir di dalam Islam. Seperti ia mengingkari haramnya ‘riba’ atau haramnya ‘arak’ atau ia mengingkari seperti wajibnya menjalankan syariat Islam dalam pemerintahan negara atau selama mana ia tidak melakukan perbuatan yang tidak boleh dita’wilkan kecuali kufur, seperti ia menyembah berhala atau seperti ia menghina kitab suci al-Quran al-Karim.
MEMAHAMI HAKIKAT PERJUANGAN ISLAM
Untuk memahami perjuangan Islam, kita haruslah merujuk kepada kandungan satu hadis Nabi yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Suhaib ar-Rumi. Antara isi kandungannya ialah:
1) Bahawa Islam seperti kita fahamkan itu, merupakan suatu perjuangan yang sambung-menyambung dan tali menali dari segi perjuangan yang pernah diperjuangkan oleh para anbiya’ dan mursalin, bermula dari perjuangan Nabi Allah Adam a.s sampailah kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang disambung semula secara terus-menerus oelh para sahabat, tabi’in dan orang-orang yang datang selepas mereka hingga ke hari ini dan hari yang akan datang.
2) Perjuangan ini sering bermuwajahah dengan golongan yang berkuasa di dalam masyarakat terutamanya para pemerintah yang tidak berdasarkan kepada Islam dan sekaligus menjadi penghalang kepada kerja-kerja Islam.
Hal ini boleh dilihat dengan jelas, bila kita cuba mengingati perjuangan Nabi Ibrahim a.s yang ditentang oleh Namrud, Nabi Musa a.s ditentang oleh Firaun dan lain-lain. Bukan sahaja ia menjadi penghalang tetapi juga berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankan dasar pemerintahannya. Hatta walaupun para pemimpin yang ada itu pergi, namun mereka tetap mahu melihat bahawa dasar pemerintahannya itu terus wujud dan kekal.
3) Untuk menjamin sistem pemerintahan yang mereka anuti itu kekal, bermacam-macam usaha yang mereka lakukan. Antaranya mengadakan pasukan pertahanan yang kuat, pasukan keselamatan yang rapi, sistem pendidikan dan pembelajaran bermatlamat, para petugas dan pegawai yang terlatih kepimpinan masyarakat yang berkeyakinan, sumber ekonomi yang terjamin dan sebagainya.
4) Pertentangan antara pejuang Islam dengan pihak yang berkuasa di dalam sesuatu masyarakat itu bukan disebabkan oleh hal-hal yang berkaitan dengan peribadi, tetapi merupakan pertembungan aqidah dan dasar.
Hal ini jelas, bila kita mengingati kembali perhubungan di antara Nabi Musa a.s dan Firaun, sebelum menjadi Nabi dan selepas ia diutus menjadi Rasul, hubungan di antara Nabi Muhammad SAW dengan para pemimpin masyarakat Quraisy. Sebelum diangkat menjadi Nabi, baginda disanjung tinggi oleh masyarakat Quraisy sehingga baginda digelar ‘Al-Amin’. Hal ini berubah apabila baginda diisytiharkan menajdi Nabi. Gelaran al-Amin itu bertukar menjadi ahli sihir, gila, pendusta dan lain-lain.
Di zaman kini juga, tidak kurang contohnya yang boleh diambil faham oleh para da’i, khususnya di dalam negara kita yang tercinta ini. Terdapat beberapa orang individu yang pernah dikenakan tindakan undang-undang ke atas mereka sewaktu berada di dalam perjuangan Islam atas alasan yang pelbagai tetapi orang yang sama mendapat sanjungan pihak yang berkuasa apabila meninggalkan perjuangan Islam.
MEMAHAMI ISLAM DARI SUDUT GERAK KERJA UNTUK MENEGAKKANNYA
Untuk memahami Islam dari sudut ini pula, kita haruslah memerhatikan beberapa ayat yang antara lainnya seperti firman Allah, maksudnya:
“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka; kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud.
Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mu’min). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh di antara mereka ampunan dan pahala besar”. (al-Fath : 29)
Dari ayat ini, jelas proses perkembangan perjuangan Islam itu. Di mana ia bermula dengan hanya seorang sahaja iaitu Nabi Muhammad SAW. Kemudian ia berkembang daripada seorang kepada seorang yang lain sehingga menjadi suatu kekuatan yang tidak dapat dibendung lagi oleh para penentangnya.
Adapun proses perkembangan dan gerak kerja yang dilakukan oleh baginda boleh kita dapati daripada pemerhatian kita akan ayat-ayat yang berikut:
Firman Allah, maksudnya:
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan engkau yang mencipta”. (al Alaq : 1)
Firman Allah, maksudnya:
“Dan berikanlah peringatan kepada keluargamu yang terdekat”.(as-Syu’ara : 214)
Firman Allah, maksudnya:
“Dialah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka kitab dab hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan”. (al-Jumu’ah : 2)
Firman Allah, maksudnya:
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata”. (al-Kahfi : 28)
Firman Allah, maksudnya:
“Tidakkah engkau melihat kepada mereka yang dikatakan kepada mereka tahanlah tangan-tanganmu dan dirikanlah sembahyang”. (an-Nisa’ : 77)
Firman Allah, maksudnya:
“Maka berterus teranglah dengan apa yang diperintahkan kepada kamu dan janganlah kamu menghiraukan tindakan golongan musyrikin”. (al-Hijr : 94)
Firman Allah, maksudnya:
“Dan siapkanlah untuk mereka kekuatan semampu mungkin”. (al-Anfaal : 60)
Firman Allah, maksudnya:
“Diizinkan bagi mereka berperang (untuk melakukan sesuatu tindak balas) kerana mereka telah di zalimi…”. (al-Hajj : 39)
Firman Allah, maksudnya:
“Dan perangilah pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu”. (al-Baqarah : 190)
Memerhatikan ayat-ayat yang diutarakan di atas dengan baik dan memahaminya dengan halus dan lumat, saudara akan bertemu dengan makna dan maksudnya memahami Islam dari sudut gerak kerja untuk menegakkannya. Bertambah terang lagi, apabila saudara membaca dengan teliti keseluruhan yang tersurat dan yang tersirat di dalam perbincangan yang akan datang.
PERINGKAT KERJA YANG DILALUI OLEH JAMA’AH MUSLIMIN
Gerakan Islam hari ini merupakan lanjutan daripada gerakan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, ia mestilah mengambil kira apa yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, rasul penamat itu.
Gerakan Islam hari ini, hendaklah melalui tiga marhalah sepertimana yang dilalui oleh pimpinan gerakan Rasulullah SAW iaitu marhalah at-Ta’rif, at-Takwin dan at-Tanfiz wal muwajahah.
Marhalah at-Ta’rif
Marhalah at-Ta’rif merupakan marhalah memperkenalkan Islam dan perjuangan Islam kepada masyarakat umum. Marhalah ini adalah marhalah kesungguhan di dalam menyampaikan da’wah dan memperkenalkan jama’ah kepada umat manusia sepertimana yang difirmankan oleh Allah, menceritakan apa yang diucapkan oleh Nabi Allah Nuh a.s. Firman Allah, maksudnya:
“Berkata Nabi Nuh a.s: “Hai Tuhanku, sesungguhnya aku menyeru kaumku siang dan malam”. (Nuh : 5)
Marhalah ini bertujuan untuk memperkenalkan Islam dan jama’ah kepada masyarakat. Ia boleh dilakukan melalui syarahan-syarahan, ceramah-ceramah, hubungan secara individu, sebaran, forum, kelas-kelas pengajian dan lain-lain.
Marhalah at-Takwin
Marhalah ini ialah merupakan marhalah pembentukan dan pembinaan untuk melahirkan tenaga mahir supaya bekerja di dalam gerakan Islam atau Jama’ah Muslimin.
Marhalah inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah SWT, maksudnya:
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsu dan tingkah lakunya adalah melampaui kebenaran”. (al-Kahfi : 28)
Di dalam ayat ini, Allah mengingatkan baginda supaya sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang Islam (dalam bahasa gerakan; berdamping rapat dengan para anggota), sekalipun mereka miskin. Di dalam surah lain Allah berfirman, maksudnya:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad) yang menjadi sangat keberatan kepadanya sebarang kesusahan (yang ditanggung oleh) kamu yang tamakkan kebaikan bagi kamu dan kepada orang-orang yang beriman pula ia menumpahkan perasaan belas serta kasih sayang”. (at-Taubah : 128)
Ayat-ayat yang kita utarakan di atas, memberi perhatian yang berat kepada orang-orang yang bertanggungjawab di dalam Jama’ah Muslimin supaya bersabar di dalam membentuk dan mendidik anggota-anggotanya.
Ayat-ayat tersebut juga mengarahkan orang-orang yang bertanggungjawab di dalam gerakan Islam supaya sentiasa memberi perhatian yang tidak putus-putus terhadap anggotanya dan menjaga mereka serta mengambil berat tentang mereka.
Ayat-ayat tersebut juga mengarahkan pihak yang bertanggungjawab di dalan al-Amal Islami supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dilemparkan kepada mereka oleh orang-orang jahil. Sebagaimana Rasulullah tidak mengendahkan pendustaan dan lontaran batu yang dilakukan oleh orang-orang kafir samada di Mekah mahupun di Tho’if. Baginda menenangkan keluarga Yasir, bersabarlah!” Baginda tidak mengarahkan mereka bertindak balas kerana menunggu izin daripada Allah.
TARBIYYAH DAN KEGIATANNYA
Untuk mencapai tujuan dan matlamat tersebut, maka kegiatan yang hendak dilakukan hendaklah berdasarkan kepada waqi’kedudukan dan susunan anggota. Sebagaimana yang kita semua arif, bahawa kedudukan anggota kita adalah berperingkat-peringkat seperti berikut:
i) Cawangan
ii) Kawasan
iii) Perhubungan Negeri
Peringkat Cawangan
Tarbiyyah peringkat cawangan bertujuan untuk memastikan bahawa setiap anggotamemahami aqidah dengan betul dan melakukan ibadah yang sah serta memberi wala’ yang sejahtera kepada Jama’ah.
Kerana itu penekanan diberi kepada keilmuan Islam secara senang difahami samada di bidang aqidah, ibadah akhlaq dan lain-lain.
Penekanan juga diberi kepada usaha untuk membiasakan anggota dengan perkara-perkara seperti berikut:
1) menghadiri perhimpunan umum
2) menghadiri perhimpunan khusus
3) mengeluarkan zakat kepada jama’ah
4) membaca Al-Quran
5) sentiasa beramal dengan perkara-perkara yang sunat di samping yang wajib dan meninggalkan yang makruh dan haram.
Peringkat Kawasan
Matlamat tarbiyyah diperingkat ini ialah untuk melahirkan di kalangan pimpinan kawasan, pemuda dan muslimat kawasan sifat-sifat seperti
1) cintakan Allah
2) rahmat sesama mu’min
3) izzah terhadap kafirin
4) berjihad dengan mengorbankan yang murah dan mahal, harta dan nyawa dan memberi wala’ yang tidak berbelah bagi kepada Jama’ah.
Cara-caranya:
- Membiasakan diri supaya beriltizam dengan tuntutan dan keperluan di atas - Membiasakan diri untuk meneruskan pencapaian matlamat - Memberikan taat yang tidak berbelah bagi dalam perkara ma’ruf
Penekanan kepada:
1) Program keselamatan
2) Program amar Ma’ruf dan nahi munkar secara amali
3) Program untuk menarik sasaran ke dalam Jama’ah dengan tidak memilih bulu
4) Program memimpin halawah, perhimpunan, tamrin dan lain-lain
5) Program memimpin usrah dan lain-lain tindakan yang diperlukan oleh Jama’ah
Perhubungan Negeri
Tarbiyyah diperingkat ini bermatlamat untuk melahirkan di kalangan anggota sifat-sifat seperti:
- Benar
- Amanah
- Menyampaikan
- Cerdik
- Lembut
- Berhati-hati
- Suka berkhidmat
- Pemurah
- Berani dan lain-lain
Cara-caranya:
- Beriltizam dengan Islam zahir dan batin
- Beriltizam dengan pendapat/keputusan majoriti syura berpandukan kaedah yang dipakai oleh Jama’ah
Penekanan kepada dua perkara di atas hendaklah berpandukan kepada undang-undang tertinggi di dalam harakah iaitu al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qias.
Perlaksanaan
Untuk mencapai tujuan dan matlamat di atas, maka cara-cara berikut hendaklah digunakan:
1. Kuliah/usrah harian, mingguan dan bulanan. Pastikan semua anggota hadir
2. Usrah mingguan atau bulanan Mingguan – peringkat cawangan Bulanan – peringakt kawasan/perhubungan
3. Tamrin – bulanan atau tiga bulan sekali Bulanan – peringkat cawangan Tiga bulan sekali – peringkat kawasan/perhubungan
4. Jenis-jenis Tamrin
a) Tamrin Haraki
b) Tamrin Siyyasi
c) Tamrin Thaqafi
d) Tamrin Riadhi
Tamrin Haraki bertujuan untuk:
1. Meyakinkan para anggota tentang harakah – ciri-ciri, matlamat dan cara
2. Penguasaan terhadap anggota dari segi harakah dan penguasaan terhadap masyarakat
3. Penguasaan terhadap harakah – yang merangkumi:
i) Usul dan kaedah yang merangkumi fikrah, keperluan-keperluan, sudut-sudut, sifat- sifat dan tabiat kerja
ii) Keselamatan yang merangkumi cara mengenal kawan dan lawan
Tamrin Siyyasi bertujuan untuk:
1. Memastikan para anggota memahami pergolakan politik negara, antarabangsa – khasnya rantau Asia Tenggara, seterusnya politik Islam dan pendekatan terhadap masalah
2. Memastikan para anggota dapat membuat pengolahan terhadap isu-isu semasa
3. Memastikan para anggota dapat bertindak dengan cekap dalam menghadapi setiap isu
Tamrin Thaqafi bertujuan untuk:
1. Memastikan supaya para anggota memahami dengan baik perkara yang berkaitan dengan Islam
2. Memastikan bahawa para anggota memiliki keperluan asas dari segi ilmu pengetahuan demi untuk menlayakkan mereka meneruskan perjuangan pada masa akan datang
Tamrin Riadhi bertujuan untuk memastikan bahawa para anggota sihat tubuh badan pantas bergerak dan mampu untuk mempertahankan diri ketika perlu.
Pengendalian
Pengendalian tamrin ada hubung kait yang rapat dengan jenis-jenis tamrin dan matlamatnya. Di samping itu, ia pula berkaitan dengan tempat, tajuk, penceramah, keselamatan dan pengurusan. Walau bagaimanapun tertakluk kepada matlamat dan masa, maka kadang kala dapat diadakan sekaligus dengan cara mengatur program tamrin itu merangkumi matlamat-matlamat yang kita utarakan di atas.
Secara umumnya matlamat terakhir bagi marhalah ini ialah melahirkan individu muslim, keluarga dan masyarakat Islam.
Marhalah at-Tanfiz – Perlaksanaan
Marhalah ini mempunyai tiga makna:
1. Makna yang umum
Tanfiz dengan makna yang umum merangkumi segala usaha dan tenaga yang dicurahkan keluar dari diri sendiri demi untuk kepentingan dakwah Islamiyyah/gerakan Islam. Justeru itu, sebarang usaha yang dilakukan oleh seseorang anggota untuk memperkenalkan Islam dinamakan ‘Tanfiz’. Usaha yang dilakukan oleh seseorang anggota untuk pembentukan ke arah prinsip-prinsip Islam dan supaya berakhlak dengan akhlak Jama’ah juga merupakan sebahagian daripada marhalah tanfiz.
2. Makna yang khusus
Tanfiz dengan makna yang khusus ialah pergerakan harian yang berbentuk jihad yang dilakukan oleh anggota demi untuk melahirkan kejayaan di dalam mahalah-marhalah yang tertentu. Oleh kerana itu, marhalah ta’rif, takwim dan tanfiz dapat berjalan beriringan.
3. Makna yang lebih khusus
Tanfiz dengan makna lebih khusus ialah yang berbentuk jihad yang tidak pernah mengenal penat dan lelah setiap hari, yang mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan segala yang ada untuk menjayakan cita-cita yang lengkap dan syumul. Ia merangkumi jihad harian dan persiapan untuk menegakkan sebuah negara Islam.
Sudah menjadi sunnah Allah bahawa kerja yang dilakukan di dalam semua peringkat tersebut akan bermuwajahah. Ini adalah disebabkan bahawa kerja-kerja ini akan melahirkan anggota masyarakat yang beramal dengan tuntutan Islam yang sama sekali berbeza dengan amalann anggota masyarakat yang sedia ada. Walaupun mereka menentang, tetapi ia terus berkembang. Bagaimanapun sabarnya orang-orang Islam terhadap tindakan-tindakan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, namun demikian mereka tidak tahan sabar melihat perkembangan Islam. Di sanalah akan berlaku muwajahah.
Para pejuang Islam haruslah mengingati dan memahami bahawa perjuangan ini adalah bermuwajahah. Golongan berkuasa (pemerintah) apabila disebut pemerintah sudah pasti ia memiliki bermacam-macam kekuatan. Untuk berhadapan dengan golongan ini kita hendaklah memiliki sifat-sifat antara lain seperti berikut:
a) Tetap dan tabah
b) Berzikir kepada Allah
c) Taatkan Allah dan RasulNya
d) Tidak bertelagah sesama sendiri
e) Bersabar sehingga persiapan telah cukup dan mampu untuk bermuwajahah
Neraca Kemampuan
Berbeza pendapat di kalangan ulama’ Islam tentang neraca kemampuan. Setengah ulama’ berpendapat paabila sampai bilangan ke angka mujahid Badar. Setengah pul berpendapat – bilangan yang selari denga firman Allah, maksudnya:
“Jika terdapat dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh”. (al-Anfal:65)
Kita berpendapat apabila bilangan anggota yang layak berjihad berjumlah seperti yang tersebut di dalam firman Allah, maksudnya:
“Jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah”. (al-Anfal: 66)

0 comments:

Tuesday, April 9, 2013

Akhlak Dan Disiplin Di Dalam Harakah Islamiah - TGHA


Muqaddimah




Kemantapan sebuah Harakah Islamiah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkatterhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala' dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.

Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjamaah, oleh itu di bawah ini dikemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Is­lam untuk dijadikan perbincangan dan muhasabah kepada diri kita sendiri.


Akhlak Berjamaah
Supaya perjuangan kita diterima, direstui oleh Allah s.w.t dan mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:


1.   Ikhlas
Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan.

عَنْ أَبِى مُوسَى قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ حَمِيَّةً وَيُقَاتِلُ شَجَاعَةً وَيُقَاتِلُ رِيَاءً ، فَأَىُّ ذَلِكَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ « مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِىَالْعُلْيَا ، فَهْوَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ »
Abu Musa Al-Ashaari menceritakan: Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah, dia berkata: “Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahukan disebut orang, berperang kerana riya', maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah?” Sabda Rasulullah: “Sesiapa yang berperang supaya 'kalimatullah' itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah”.
(Bukhari 6/2714 no 7020, Muslim 3/1512 no 1904)


Ini bermaksud perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada melalui pilihanraya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada caralain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.

Firman Allah dalam surah Al-Bayyinah Ayat 5:
Maksudnya: “pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. danyang demikian itulah ugama yang benar”.


Apabila mengikhlas niat kerana Allah s.w.t semata-mata maka mestilah membersihkan hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti riya’, 'ujub dan sum'ah.


2.      Istiqamah
Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah s.w.t berfirman kepada Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya:

Firman Allah dalam surah Yunus Ayat 89 :
Maksudnya: Allah berfirman: “Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang Yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)”.


عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِىِّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِى فِى الإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ - وَفِى حَدِيثِ أَبِى أُسَامَةَ غَيْرَكَ - قَالَ « قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ فَاسْتَقِمْ »
Apabila AbuSufian bin Abdullah berkata kepada Rasulullahs.a.w:“Katakanlah kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya seseorang yang lain darimu”; Sabda Rasulullah: “Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah”.
[Muslim 1/194 no 168 ]

Para Rasul dan Sahabat adalah orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah sangat penting dan mestilah berterusan, kerana ia adalah tonggak dan cara untuk mendapat pertolongan Allah, bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya sia-sia.


Rasulullah s.a.w bersabda:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ » . قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَا هُنَّ قَالَ « الشِّرْكُ بِاللَّهِ ، وَالسِّحْرُ ، وَقَتْلُ النَّفْسِالَّتِى حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ ، وَأَكْلُ الرِّبَا ، وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ ، وَالتَّوَلِّى يَوْمَ الزَّحْفِ ، وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلاَتِ »
Yang bermaksud: Hadis Abu Hurairah r.a:Rasulullah telah bersabda: “Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu?” Rasulullah bersabda: “Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina”.

(Bukhari 10/142 no 2766, Muslim 1/64 no 272)


3.      Taat
Ketaatan lahirdaripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang sebenardan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya.

Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat.

Firman Allah dalam Surah An Nisa' Ayat 59 :
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.

Rasulullah telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai'ah.Di antaranya ialah“Baitul 'Aqabah” yang terkenal sebelum melakukan hijrah.


Di dalam Bai'ah itu Rasulullah bersabda:
قال جابربنعبداللهفقلنايَا رَسُولَ اللَّهِ عَلاَمَا نُبَايِعُكَ قَالَ « تُبَايِعُونِى عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِى النَّشَاطِ وَالْكَسَلِ والنَّفَقَةِ فِى الْعُسْرِ وَالْيُسْرِ وَعَلَى الأَمْرِ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْىِ عَنِ الْمُنْكَرِوَأَنْ تَقُولُوا فِى اللَّهِ لاَ تَخَافُونَ فِى اللَّهِ لَوْمَةَ لاَئِمٍ وَعَلَى أَنْ تَنْصُرُونِى فَتَمْنَعُونِى إِذَا قَدِمْتُ عَلَيْكُمْ مِمَّا تَمْنَعُونَ مِنْهُ أَنْفُسَكُمْ وَأَزْوَاجَكُمْ وَأَبْنَاءَكُمْ وَلَكُمُ الْجَنَّةُ »

Yang bermaksud: “Berbai'ahlah kepadaku di atas kewajipan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku …”.

[Masnad Ahmad 30/364, no 14830]




Ketaatan Yang Dituntut
a)      Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan, tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam gerakan yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau gerakan dalam gerakan.

b)      Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jamaah dan melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijejaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

c)      Ketaatan juga yang dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan ‘advance’, ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.


4.      Wala'
Kita melihat betapa kumpulan yang tidak Islam mengalami kelemahan dan kepupusan termasuk yang pernah memerintah negara besar, begitu juga dengan pertubuhan yang meletakkan nama Islam tetapi tidak mengambil Islam secara menyeluruh.

Oleh itu maka penekanan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan wala' dan disiplin dalam jamaah yang dapat memelihara ketaatan dan perjalanan secara istiqamah.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al Maidah Ayat 55 :
Maksudnya: “Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang Yang beriman, Yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)”.

5.      Disiplin

Firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 200 :

Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”.


Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaimana berikut:

1)      Tatatertib dan kelakuan diri.
2)      Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.
3)      Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.
4)      Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan.

Penutup

Akhlak dan disiplin penting bagi setiap ahli demi kebaikan jamaah.Setiap ahli mesti berdisiplin dan melengkapkan diri dengan akhlak Islam bagi meningkatkan kejayaannya kepada sasaran dakwah dan matlamat kerana tindakan individu ahlinya menjadi contoh dan perhatian di samping dapat mewujudkan jentera dalaman yang baik bagi mentadbir segala kegiatannya.

Rujukan


Al-Quran Al-Karim
Al-Mukhtasar Al-Jami’ Al-Sahih, Muhammad bin Ismail Al-Bukhari, Dar Ibn Katsir, Yamamah, Beyrut, 1987, ta’aliq Dr Mustafa Bugha.



Sahih Muslim, Muslim bin Al-Hajjaj Al-Qusyairiy Al-Nisaburiy, Dar Ihya’ Al-Turath, Beyrut, tahqiq Dr Fuad Abd Baqi.


Musnad Ahmad, Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, Kementerian Wakaf Mesir.

0 comments:

Tuesday, March 26, 2013

SIRI TARBIAH 6 - HIDAYAH


قل أتعلمون الله بدينكم والله يعلم ما فى السماوات وما فى الأرض، والله بكل شيء عليم. يمنون عليك أن أسلموا، قل لا تمنوا على إسلامكم، بل الله يمن عليكم ان هداكم للإيمان إن كنتم صادقين. إن الله يعلم غيب السماوات والأرض، والله بصير بما تعملون
Katakanlah (kepada orang-orang arab itu wahai Muhammad)” Patutkah kamu hendak memberitahu Allah tentang agama kamu (dengan berkata: “ kami telah beriman?” padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Mereka mengira mereka berbudi kepada kamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan menentang). Katakanlah (kepada mereka) : “janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahakan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka), Allah jualah yang berhak membangkitkan budi-Nya kepada kamu kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamun orang-orang yang benar (pengakuan imannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Al-Hujuraat: 16-18)

Di dalam ayat ini dijelaskan bahwa hidayah dan petunjuk yang dimiliki oleh seseorang itu adalah kurniaan daripada allah. Ia adalah kurniaan yang sangat berharga. Keimanan dan keislaman kita bukanlah pilihan kita, tapi aia adalah pilihan allah kepada kita. Ia bukanlah habuan untuk kita mengungkit bahawa ia adalah budi kita kepada Allah dan RasulNya. Tapi yang layak untuk menhungkitkan hal ini ialah Allah, sebab hidayah buat keislaman dan keimanan kita adalah anugerah dari Allah.

RIJAL DAKWAH SUATU ANUGERAH

Islam adalah agama pilihan Allah buat hambanya yang beriman. Pilihan Allah kepada kita sangat berharga, iaitu dikalangan berjuta hamba-Nya kita ttelah dipilih oleh Allah untuk menertai kafilah dakwah dan perjuangan suci ini. Bahkan kita ttelah dipilih oleh Allah untuk meneruskan kerja asas Rasul-rasul diutuskan oleh mungkar, serta mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Firman Allah:

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

Maksudnya:
“ Kamu adalh sebaik-baik ummat yang dikeluarkan oleh Allah kepada manusia, kamu menyuruh yang baik dan mencegah yang mungkar, dan kamu beriman dengan Allah” (Ali Imran ; 110).

KITA PERLUKAN ISLAM

Pada hakikatnya Islam tidak perlukan kita, tapi kitalah yang memerlukan Islam. Seandainya kita tidak mahu membantu dan menolong Islam, Allah yang Maha Berkuasa amat berkuasa untuk menukar dan menggantikan orang lain untuk membantu agamaNya. Firman Allah;

يأيهاالذين آمنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف ياتي الله بقوم يحبهم ويحبونه

Maksudnya:
“ Wahai orang-orang yang beriman, siapa yang berpaling tadah di kalangan kamu daripada agama Allah, Allah akan mendatangkan kaum lain untuk beriman dengan agamaNya, yang Allah kasih kepada mereka dan mereka juga kasih kepada Allah” (al Maidah: 54)

Hal ini mendorng untuk kita sentiasa bersyukur di atas pilihan Allah terhadap kita. Kesedarn ini telah mewajarkan kita untuk membalas jasa dan budi Allah kepada kita dengan kita sentiasa berkorban dan berjuang, membela serta mempertahankan agamaNya, dengan meletakkan segala kepentingan peribadi kita di belakang dan meletakkan kepentingan agama melebihi segala-galanya.

HIDAYAH DAN PERJUANGAN

Bertolak dari keinsafan dan kesedaran kita terhadap betapa tingginya nikmat dan hidayah di dalam jiwa kita, kita telah berjuang dan menggerakkan Harakah Islamiyyah di tanah air yang tercinta ini. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa setelah kewafatan RasululLah dua pertiga daripada para sahabat Baginda telah keluar meninggalkan tanah air tercinta, merentasi lautan dan daratan untuk menyebarkan Islam kepada seluruh manusia, bahakan sebahagian besar di kalangan mereka mati di luar daripada Semenanjung Tanah Arab, kerana menghabiskan usia mereka sidi dunia ini meneyelamatkan manusia daripada kekufuran dan kesyirikan. Nikmat hidayah yang mereka miliki, mereka mahu ia turut menjadi nikmat bersama semua manusia. Begitulah tinggi dan berharganya anugerah hidayah yang dikurniakan oleh Allah, sehingga ia menjadi asas perjuangan dan penyebaran Islam dari dahulu sehingga ke hari ini.

Perjuanagn Islam yang digerakkan oleh para mujahidin sepanjang zaman sebenarnya berdiri di atas suatu cetusan yang tercetus dari lubuk hati mereka yang yang berasaskan keimanan dan mengharapkan keredhaan daripada Allah, bukan kerana mengharapkan balasan daripada manusia. Cetusan itu bertitik tolak daripada kegelisahan hati seseorang insane apabila hidayah mula bangun di dalam jiwanya. Ia adalah natijah daripada pertentangan yang berlaku di antara reality ummah dan keimanannya. Keadaan ummah yang semakin rosak dan kecintaannya kepada agama telah saling bertentangan. Masyarakat Islam yang semakin kendur dengan pegangan agama dan rasa berdosa membiarkan keadaan yang ada terus berleluasa menjadikan seorang muslim yang hidayah telah meresapi jiwanya berkerja untuk menyelamatkan ummahnya daripada terus menerus tenggelam di dalam kealpaan.

HIDAYAH, TARBIAH DAN DAKWAH

Tarbiah dan dakwah adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan di dalam perjuangan Islam. Tarbiah membawa maksud latihan pendidikan untuk melengkapkan seseorang individu muslim dengan segala aspek kekuatan rohani, jasmani, emosi, social, intelek dan kemahiran. Dakwah adalah usaha menyeru mannusia ke jalan Allah dengan mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.

Tarbiah seperti bahan bakar bagi diri individu yang akan melaksanakan dalwah. Tanpa bahan bakar yang sesuai, cukup dan bertahan lama, ia akan menyebabkan nafas perjalanan dakwah seseorang individu tidak lama dan akan berhenti pada bila-bila masa sahaja. Sementara hidayah bersumberkan dari dua sumber:
1- Allah
2- Rasul dan pendakwah

Hidayah yang bersumberkan rasul dan pendakwah sifatnya tidak mutlak, yang mutlak ialah daripada Allah. Ia memberi maksud, seseorang yang telah menerima hidayah melalui seorang rasul atau pendakwah, hakikatnya bukan rasul atau pendakwah itu yang member hidayah kepadanya, tetapi hakikatnya hidayah yang diterimanya adalah sebenarnya daripada allah. Dalam surah Al FAtihah kita membaca:

اهدنا الصراط المستقيم
(Maksudnya; Tunjukkanlah kami jalan yang lurus)

Menurut Quraish Syihab; penggunaan ‘kami’ di sini menjelaskan dua sebab;

1. Hidayah tidak cukup jika ia hanya diperolehi oleh seseorang individu sahaja tanpa melibatkan keseluruhan ahli masyarakat atau jamaah. Hidayah perlu menyeluruh kepada semua anggota masyarakat demi menjamin dan memastikan individu yang telah mendapat hidayah tetap berada di atas jalan yang lurus. Seseorang yang telah mendapat hidayah tetapi lingkungannya tidak, hidayah dan keimanannya akan terancam.

2. Hidayah yang sifatnya tidak mutlak (melalui rasul dan pendakwah) diperolehi hasil daripada usaha sesama manusia dan ia akan menjadi asas kepada hidayah mutlak yang hadir daripada Allah.

Untuk merialisasikan kedua-dua realiti di atas, dakwah diperlukan. Dakwah adalah usaha di peringkat sesama manusia memohon hidayah mutlak dari sisi Allah. Adalah merupakan sunnatullah, hidayah Allah akan diperolehi apabila wujudnya sebab yang melayakkan sesorang menerima hidayah daripada Allah.

Sementara itu, adalah perlu difahami bahawa tarbiah dan dakwah perlu beriringan dan tidak sesuai dipisahkan. Sebagai contoh , walaupun Nabi berdakwah secara rasminya pada usia 40 tahun, namun Baginda sudah menyediakan modal dakwah sebelum daripada itu lagi. Salah satu modal yang disusun oleh Allah ialah sifat amanah dan mulia akhlaknya sehingga digelar al amin. Kejayaan RasululLah berdakwah bukan bermula 40 tahun. Baginda telah membina kejayaan karier dakwahnya seawall kehidupan remaja Baginda. Dan RasululLah mendapat tarbiah daripada Allah melalui murabbinya Jibril, sehinggalah Baginda wafat. Begitulah seharusnya ia menjadi pedoman kepada kita.

Tarbiah menjadi teramat penting apabila seseorang berada dalam lapangan dakwah dan perjuangan yang memerlukan lebih banyak persediaan dan bekalan. ‘Minyak’ terkadang mungkin habis secara tiba-tiba disebabkan perjalanan perjuangan dan dakwah ini jauh dan sukar. Inilah yang dinyatakan oleh Allah dalam surah At Taubah 42:

“ Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) suatu yang mudah di dapati, dan suatu perjalanan yang yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutimu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka”.

Kepentingan tarbiah kepada dakwah dan perjuangan adalah seperti air di dalam badan manusia. Sememangnya air diperlukan, namun ia perlu bergerak dan dijelmakan dalam bentuk pelbagai seperti darah, membaiki tisu dan sebagainya. Jika air tersebut diperamkan di dalam badan ia akan membusuk dan menyebabkan penyakit. Segala ilmu dan potensi yang dibina dalam tarbiah yang tidak diterjemahkan dalam bentuk aplikasi dakwah akan menyebabkan seseorang itu penuh dengan penyakit hati sehingga lebih suka menjadi penghukum (qadhi) daripada penyeru ke arah kebenaran (Ad Du’aat ilalLah). Tanpa dakwah, tarbiah akan merosakkan diri seseorang kerana merasakan dirinya sahaja yang betul dan individu lain semuanya salah.

Dalam pada itu, apa pula kesannya dakwah tanpa tarbiah? Tarbiah adalah minyak yang menyediakan tenaga dan modal kepada pendakwah dan petugas jamaah. Jika pada awalnya si pendakwah bersemangat untuk mengajak manusia ke arah kebaikan, ia akan ketandusan minyak jika tidak dibekalkan dari masa ke semasa. Apabila ketandusan minyak, bukan sahaja dakwah tidak dapat dilaksanakan dengan baik malah pendakwah itu sendiri akan keletihan dan tidak mampu meneruskan kerja-kerja dakwah dan kerjanya. Inilah sebenarnya punca kepada gejala keguguran di dalam medan dakwah dan perjuangan. Tarbiah yang kurang mantap memudahkan seseorang itu gugur daripada jalan yang mulia ini.

PENUTUP

Sesungguhnya, secara pasti tarbiah adalah jaminan kepada kelestarian dakwah dan perjuangan Islam. Dengan syarat, tarbiah menepati ciri yang digariskan oleh Allah barulah ia akan mampu menyediakan individu yang mapan dalaman dan luarannya untuk istiqamah dalam perjuangan. Allahu Akbar!.

0 comments:

Thursday, March 14, 2013

SIRI TARBIAH 5 - JIHAD


MUQADDIMAH


إنما المؤمنون الذين آمنوا بالله ورسوله ثم لم يرتابواوجاهدوابأموالهم و أنفسهم فى سبيل الله , أولئك الصادقون (الحجرات – 15)
Maksudnya;
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya) tanpa ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya) (Al-Hujurat:15)

Orang-orang yang memiliki kesempurnaan iman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul tanpa bercampur dengan sebarang keraguan terhadap segala yang diturunkan oleh Allah melalui Rasul yang diutuskan-Nya. Hati mereka tidak pernah ada keraguan, dan keimanan mereka tidak pernah bergoncang. Hati dan iman mereka tetap hanya di atas satu keadaan, iaitu ‘hanya tahu membenarkan, tidak mengenal apa itu keraguan’. Keimanan yang mereka imani itu tidak hanya sekadar itu, tapi ia dibuktikan dengan praktikal terhadap keimanan. Keimanan mereka yang mantap, tulus dan suci itu dinyatakan secara praktikal dengan sanggup berjihad dan berjuang pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga mereka.

PENGERTIAN JIHAD
Jihad di jalan Allah SWT maknanya ialah mengerahkan segala kemampuan dan tenaga untuk memerangi orang-orang kafir dengan tujuan untuk mengharapkan redha Allah SWT dan meninggikan kalimah-Nya. Mujahid di jalan Allah SWT adalah orang yang berperang di jalan-Nya dengan tujuan agar kalimah Allah (agama Islam) berada di tempat yang paling tinggi.

Abu Musa Al-Asy'ari RA berkata, "Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi SAW lalu berkata, "Seseorang yang berperang agar mendapatkan harta rampasan, dan seseorang yang berperang agar terkenal (namanya) dan seseorang yang berperang agar mendapatkan kedudukan, maka siapakah di antara mereka yang berperang di jalan Allah SWT?". Nabi SAW menjawab, "Orang yang berperang agar kalimah Allah SWT menjadi yang paling tinggi itulah orang yang berperang di jalan Allah SWT." (Muttafaq 'alaih).

HIKMAH JIHAD

Allah SWT mensyari'atkan jihad di jalan-Nya agar;
a- kalimah-Nya menjadi yang paling tinggi dan agama itu hanya untuk Allah SWT semata-mata,
b- serta mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya,
c- menyebarkan Islam, menegakkan keadilan, menolak kazaliman dan kerosakan,
d- memelihara kaum muslimin serta menghancurkan musuh dan menolak tipu daya mereka.

Allah SWT mensyari'atkan jihad sebagai ujian dan cubaan bagi hamba-hamba-Nya agar jelas perbezaan antara orang yang jujur dan yang dusta, antara yang mukmin dan yang munafik, dan supaya diketahui orang-orang yang berjihad dan bersabar. Jihad bukanlah bertujuan untuk memaksa orang lain memeluk Islam, akan tetapi bertujuan untuk mengharuskan mereka agar tunduk pada hukum-hukum Islam sehingga agama itu hanya untuk Allah SWT. Jihad di jalan Allah SWT merupakan salah satu pintu dari pintu-pintu kebaikan yang dengannya Allah SWT menghilangkan gundah-gulana dan kekhuatiran serta mereka yang berjihad akan memperoleh derajat yang tinggi di syurga nanti.

TUJUAN BERJIHAD

Maksud utama dari berjihad dalam Islam adalah untuk
a- menghilangkan kekafiran dan kesyirikan serta mengeluarkan manusia dari gelapnya kejahilan, membawanya kepada cahaya iman dan ilmu,
b- menumpaskan golongan yang memusuhi Islam, serta menghilangkan fitnah,
c- meninggikan kalimah Allah SWT, menyebarkan agama-Nya,
d- serta menyingkirkan siapa saja yang menghalangi tersebarnya dakwah Islam.

Jika hal itu dapat dicapai dengan jalan damai maka peperangan tidak diperlukan. Memerangi orang yang belum pernah mendengar dakwah Islam tidak boleh dilakukan. Jika dakwah telah disampaikan, tetapi mereka menolak maka yang diwajibkan ke atas mereka ialah membayar jizyah, dan jika mereka tetap menolak maka barulah mereka boleh diperangi dengan memohon pertolongan Allah SWT.

Islam tidak mengiizinkan mereka diperangi kecuali ke atas mereka yang bersikap keras mempertahankan kekafiran, atau berbuat zalim, memusuhi Islam, serta menghalang manusia untuk memeluk agama ini atau juga ke atas mereka yang menyakiti kaum muslimin. Rasulullah SAW tidak pernah memerangi sesuatu kaum kecuali setelah mengajak mereka terlebih dahulu kepada Islam.

HUKUM BERJIHAD DI JALAN ALLAH

Berjihad di jalan Allah hukumnya fardhu kifayah jika sebahagian kaum muslimin telah melakukannya, pada ketika itu maka gugurlah kewajiban orang yang lain. Jihad bertukar menjadi fardhu ain kepada setiap individu yang mampu untuk berperang dalam beberapa keadaan seperti:
a- Apabila ia telah masuk ke medan perang
b- Jika pemimpin menyuruh semua orang untuk berperang
c- Jika suatu negeri/ daerah telah dikepung oleh musuh
e- Jika ia adalah orang yang sangat diperlukan di dalam peperangan, seperti dokter, pilot, dan yang sebagainya.
Allah SWT berfirman :
انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا بأموالكم وأنفسكم فى سبيل الله, ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون

"Keluarlah kamu (berperang pada jalan Allah) samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) atau pun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggugjawab), dan berjuanglah di jalan Allah dengan harta dan jiwa kalian. Yang demikian itu lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui." (At-Taubah: 41).

Jihad di jalan Allah SWT adakalanya wajib dengan jiwa dan harta sekaligus, yaitu bagi siapa saja yang mampu dari segi harta dan jiwa; terkadang wajib dengan jiwanya saja yaitu bagi orang yang tidak mempunyai harta; dan ada pula wajib hanya dengan harta tidak dengan jiwanya, yaitu bagi orang yang tidak mampu untuk berjihad dengan badannya akan tetapi ia termasuk orang yang mempunyai harta. Allah SWT berfirman;

وقاتلوهم حتى لاتكون فتنة ويكون الدين لله, فإن انتهوا فلا عدوان إلا على الظالمين


"Perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah dan agama itu hanyalah milik Allah SWT dan jika mereka berhenti (berperang) maka tidak boleh memusuhi kecuali atas orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah: 193)

Dari Anas bin Malik bahwa Rasulullah SAW bersabda;

جاهدوا المشركين بأموالكم وأنفسكم وألسنتكم

"Perangilah kaum musyrik dengan harta, jiwa, dan lisan kalian." (HR. Abu Dawud dan Nasa'i)

JIHAD KEMULIAAN KITA

Selama mana kita sentiasa melaksanakan kerja-kerja perjuangan dan kita sentiasa mengiktikadkan bahawa semua kerja kita adalah jihad, selama itulah kita akan dimuliakan oleh Allah, dan jamaah yang menjadi wadah perjuangan kita ini akan digeruni oleh musuh-musuh Allah. Kita hendaklah menyedari bahawa betapa tingginya matlamat dakwah dan perjuangan kita, dan semakin luas skop yang kita perjuangkan, semakin bergandalah tuntutan jihad yang diperlukan, serta semakin besarlah pahala yang disediakan oleh Allah bagi pendokong dan penggerak amanah jihad itu. Kita hendaklah memahami bahawa jihad ialah :

a- Memiliki jiwa dan perasaan yang halus, hidup dan kuat, sentiasa berkobar-kobar untuk mendaulat dan meletakkan Islam di tempatnya. Sehingga dengan perasaan itu, kita turut merasa sedih terhadap nasib yang telah menimpa ummah di seluruh alam ini, yang dengan itu kita tidak rela membiarkan ummah selama-lamanya dihina. Lalu, ia menjadi motivasi perjuangan kita pada setiap detik dan ketika.
b- Memperuntukkan sebahagian masa, harta benda dan sebahagian keperluan dan kepentingan hidup kita untuk Islam dan ummahnya.
c- Melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar, menjalankan tugas nasihat menasihati serta menyeru manusia kepada Allah dengan penuh hikmah.
d- Membenci dan memutuskan hubungan dengan setiap penentang dan musuh Allah.
e- Menjadi tentera dan petugas kepada agama Allah, serta mewakafkan diri dan harta benda di jalan-Nya.
f- Mengasihi para mujahidin yang berjuang pada jalan Allah dengan sepenuh jiwa dan perasaan.

JIHAD MEMERLUKAN RIJAL

Rijal menurut Syed Qutb; “ Mereka ialah golongan yang mempunyai jiwa yang kental, kuat dan murni. Mereka berjuang dan berjihad tanpa ada sebarang kepentingan duniawi, rela mengorbankan segala-galanya, serta rela menanggung segala macam kesusahan dan pahit getir perjuangan. Mereka berjuang tidak mengharapkan selain keredhaan Allah. Hati yang mereka miliki sanggup mengharungi dan merentasi segala bentuk perjalanan dan nasib di dalam perjuangan, samada kesusahan hidup, dibuang negeri, disiksa, dipenjara dan mampu mengorbankan segala-galanya, sekalipun menempuh maut dan mengorbankan nyawa. Mereka berjuang tidak mengharapkan sebarang pembalasan di dunia, sekalipun balasan itu ialah kemenangan Islam, walaupun balasannya ialah kehancuran golongan yang zalim. Mereka berjuang tidak mengharapkan imbuhan, selain melihat hanya akhirat ialah penentu di antara haq dan bathil. Sehingga apabila telah ditemui hati-hati yang sebegitu, maka akan datanglah pertolongan Allah di mukabumi. Itulah rijal yang layak memikul amanah manhaj Ilahi dan penyebab kemenangan jamaah Islam”.

JIHAD KITA SUATU MUHASABAH

As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyebut; “ Sesiapa yang mendakwa ia boleh berkhidmat kepada Islam dan memberi saham kepada panji-panji dakwah, sedangkan ia kedekut dengan jiwa, harta, waktu dan setiap perkara yang dimilikinya, maka hendaklah ia memuhasabahkan dirinya. Bacalah Kitabullah, perhatilah sirah Rasulullah SAW, dan lihatlah kepada sejarah, sudah pasti ia akan memperoleh hakikat yang lebih jelas dari matahari pada siang hari. Dakwah dan perjuangan Islam tidak akan hidup melainkan dengan jihad, dan jihad tidak akan berlaku tanpa pengorbanan.

PENGORBANAN YANG DITUNTUT

Pengorbanan yang dituntut ialah mengorbankan jiwa, harta, kehidupan dan semuanya untuk mencapai matlamat dalam perjuangan. Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah dan tarbiah yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Firman Allah SWT;

إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة
Maksudnya;
Sesungguhnya Allah telah membeli dari dari orang-orang yang beriman, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta benda mereka dengan syurga (At-Taubah:111)

Para sahabat yang telah ditarbiah oleh Junjungan Rasulullah SAW dengan jihad dan pengorbanan, menjadi manusia yang sanggup memgorbankan setiap yang bernilai dan berharga demi memenangkan agama ini. Di atas reality inilah, kita selaku pewaris perjuangan Baginda, wajar mencontohi dan merealisasikan segala yang telah menyebabkan kejayaan golongan yang terdahulu. Sesungguhnya kegemilangan Islam hanya akan berulang dengan berulangnya reality umat yang terdahulu di dalam diri dan perjuangan kita.

GANJARAN TERHADAP PENGORBANAN

Setiap yang kita hulurkan untuk Islam tidak akan dipersia-siakan oleh Allah. Sehingga segala pengorbanan kita, termasuk menanggung kelaparan dan dahaga, menanggung kesakitan, kepenatan dan kepayahan demi Islam, sedikit atau banyak, kecil atau besar saham yang diberikan, pasti akan menerima balasan dan ganjaran dari sisi-Nya, tidak akan dipersia-siakan sedikit pun. Firman Allah SWT;

وما أنفقتم من شىء فهو يخلفه وهوخير الرازقين

Maksudnya;
Dan apa saja yang kamu sedekahkan, Allah akan menggantikannya. Dialah sebaik-baik pemberi rezki (As-Saba’: 39)

PENUTUP

Fenomena pendokong gerakan Islam yang tidak mempunyai perasaan benar-benar bertanggungjawab terhadap kemenangan Islam, tidak mempunyai komitmen yang benar-benar kuat terhadap kerja-kerja jamaah, tidak mampu berkerja keras untuk Islam, dan terlupa bahawa ia adalah amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah, adalah fenomena yang akan melemahkan perjalanan harakah. Selagi mana keadaan yang sebegini berterusan, maka selama itulah jamaah akan terus lemah, sedangkan matlamat perjuangan masih jauh untuk dicapai. Tenaga, fikrah dan hati kita sepatutnya hanya untuk Islam dan kemenangannya, kerana ia adalah modal yang paling penting kepada setiap kerja untuk mencapai matlamat perjuangan.

0 comments:

Friday, March 8, 2013

SIRI TARBIAH 4 - KEIMANAN DAN KETAATAN


MUQADDIMAH


قالت الأعراب ءامنا قل لم تؤمنوا ولكن قولوا أسلمنا ولما يدخل الإيمان فى قلوبكم . وإن تطيعوا الله ورسوله لا يلتكم من أعمالكم شيئا . إن الله غفور رحيم – الحجرات 14
Maksudnya;
Orang-orang ‘Aarab berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah wahai Muhammad: “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman masih lagi belum meresap ke dalam hati kamu, berkatalah dulu, “kami telah Islam. Dan ingatlah, jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun pahala dari amalan-amalan kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani - (Al-Hujurat :14)

Ayat yang telah diketengahkan ini memberi kefahaman kepada kita, bahawa iman itu kedudukannya adalah lebih khusus daripada Islam. Kefahaman ini diperkuatkan dengan hadis Jibril yang datang kepada Rasulullah SAW bertanyakan tentang Islam, Iman dan Ihsan. Soalan Jibril kepada Rasulullah SAW itu bermula daripada soalan yang bersifat umum, kemudian meningkat kepada soalan yang lebih khusus, seterusnya kepada soalan yang lebih khusus.

BAGAIMANA IMAN BERMULA

Ayat yang bermaksud; “ sementara iman masih belum meresap ke dalam hati kamu”, memberi focus kepada satu persoalanan tarbiah, iaitu hati yang dimiliki oleh setiap muslim mungkin terdedah kepada hakikat bahawa ia mungkin mati atau mungkin dikuasai oleh kelalaian. Hati yang telah mati, cara menghidupkannya semula hanyalah melalui amal Islami seperti berzikir, membaca al-Quran, bersolat, berinfaq, berpuasa, menunaikan fardhu haji dan sebagainya. Dengan mempraktikkan amal-amal Islami tersebut, hati seorang muslim akan meningkat dan terus meningkat sehingga mencapai kepada kesempurnaan iman.

MEMBENTUK KEPERIBADIAN MUSLIM

Membentuk keperibadian muslim ialah dengan mencontohi Rasulullah SAW, iaitu dengan membentuk iman yang mendalam. Iman yang mendalam ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
a- Dinamis; iaitu iman yang sentiasa bergerak dan hidup
b- Keyakinan yang kuat kepada Allah
c- Menyerahkan diri hanya kepada Allah
d- Dengar dan taat kepada arahan Allah, Rasul dan pimpinan
e-Tidak merasa berat melakukan ibadah dan kerja perjuangan
f- Tiada pilihan lain selain Islam sebagai cara hidup

Ciri-ciri keperibadian muslim yang disebutkan ini hanya mampu dipelihara apabila seorang muslim terlibat dengan dakwah dan perjuangan. Dengan keterlibatan kita di dalam perjuangan, kita memiliki benteng yang kuat di dalam menghadapi berbagai gangguan dan mehnah yang mungkin mempengaruhi kita menjauhi Islam.

Akhlak yang mulia yang dimiliki oleh seorang muslim, perlulah dijaga dan dipertingkatkan dengan semangat yang tinggi untuk beribadah kepada Allah. Seorang muslim, hidupnya adalah berorientasikan Allah dan hanya ditujukan kepada-Nya, menolak segala kemungkaran dan kemaksiatan, serta memilih hidup yang serius sebagai seorang Islam. Seorang yang memiliki keperibadian Islam yang sejati sentiasa optimis dan tidak pernah mengenal putus asa dalam perjuangan. Gerak kerjanya penuh dengan kesungguhan, sehingga ia mampu mempertingkatkan taqarrubnya kepada Allah dengan ibadah-ibadah seperti qiamullail, puasa-puasa sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan sebagainya. Peribadi muslim yang terbentuk dengan cirri-ciri ini, akan sentiasa menikmati lazat dan manisnya ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Pembentukan peribadi muslim hanya akan terbentuk apabila terbentuknya keimanan di dalam jiwa seseorang. Dengan iman, seseorang akan mendapat kebahagiaan di dalam kehidupan dunia, lahiriah dan bathiniah, serta mendapat kebahagian di akhirat dengan limpahan rahmat, nikmat dan keredhaan Allah serta keselamatan dari siksaan Allah.

PERANAN IMAN DI DALAM KEHIDUPAN

Tanpa iman, manusia di dalam kehidupan dunia akan mengalami kebingungan dan kegelisahan apabila ditimpa tribulasi dan ujian. Gerakan Islam yang tidak pernah terlepas daripada ujian dan mehnah, amat memerlukan para mujahidnya yang sentiasa berada di dalam kekuatan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, agar mereka sentiasa dapat bertahan apabila berhadap dengan ujian dan mehnah di sepanjang jalan perjuangan. Justeru itu, pembentukan peribadi muslim, hendaklah dijadikan target utamanya ialah menanam keimanan. Hasil daripada keimanan akan turunlah rahmat dan keadilan Allah. Semua urusan dunia akan mudah diselesaikan apabila kita beriman kepada Allah. Persoalanan keimanan merupakan persoalanan yang paling mendasar, iaitu hidupnya hati dengan beriman dan mengenal Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya perlindungan dan pertolongan Allah hanya dikurniakan kepada golongan yang beriman dan bertaqwa. Firman Allah SWT;

وأن الله مع المؤمنين

Maksudnya;
Dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang beriman – (Al-Anfal: 9)

Alangkah nikmatnya hidup kita ditemani dan dilindungi oleh Allah SWT. Perjalanan orang yang beriman dan bertaqwa tidak akan tersesat di persimpangan yang akan menjauhkannya dari tujuan hidup yang sebenarnya.

MUSLIM YANG TERBAIK

Seorang muslim yang terbaik ialah siapa yang panjang umurnya dan banyak pula ketaatannya. Sabda Rasulullah SAW :

خيركم من طال عمره وحسن عمله
Maksudnya;
Sebaik-baik kamu ialah siapa yang panjang umurnya dan baik pula amalan ketaatannya.

Umur yang panjang dan dihabiskan di dalam ketaatan kepada Allah, memberi erti bahawa amal kebajikannya akan sentiasa bertambah dan kedudukannya di sisi Tuhan pun akan sentiasa meningkat. Begitulah juga sebaliknya, iaitu apabila umur yang diperuntukkan oleh Allah dihabiskan di dalam dosa dan maksiat, yang akan mengakibatkan dosa semakin bertambah, dan kedudukan seorang muslim itu akan semakin jauh daripada Allah.

REALITI UMAT ISLAM SILAM

Perjuangan Islam yang sedang kita gerakan dewasa ini, amat memerlukan para para mujahidnya sentiasa berkomitmen dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Sejarah telah memperlihatkan kepada kita, bahawa saf perjuangan Islam sepanjang zaman telah mempersaksikan para pejuang Islam ialah mereka yang terdiri daripada mereka yang sangat berkomitmen dan beristiqamah di dalam perkara ketaatan dan ibadah kepada Allah. Hanya dengan beramal ibadah secara konsisten, kita akan dapat menarik rahmat dan kasih belas daripada Allah untuk mengurniakan kemenangan kepada kita di dalam perjuangan yang mulia ini.

Realiti para mujahid di zaman silam yang sentiasa hidup di dalam ibadah, telah menimbulkan kata-kata seperti ;

رهبان بالليل,فرسان بالنهار

Yang memberi maksud, mereka pada waktu malam ialah para para pendita yang tidak jemu-jemu beribadah dan sujud kepada Allah. Sedanglan pada waktu siang pula mereka ialah para pejuang yang gagah dan hebat di medan pertempuran dan perjuangan.

PEMUDA DAN MASJID

Pemuda Islam yang menjadi asset terpenting kepada perjuangan Islam wajar menitik beratkan dirinya dengan amal ketaatan yang paling berkualiti, khususnya di dalam penunaian ibadah solat secara berjamaah di masjid.
Firman Allah SWT;

إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر وأقام اصلاة وءاتى الزكاة ولم يخش إلاالله

Maksudnya;
Hanyasanya orang mampu menghidupkan rumah –rumah Allah itu ialah siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, serta tidak takut kepada sesiapa pun kecuali hanya kepada Allah – (At-Taubah : 18)

Menjuruskan pemuda kepada penunaian solat secara berjamaah di masjid dan sebagainya tidak sepatutnya dikesampingkan, bahkan adalah ia dikira sangat malang apabila ia dan dikira tidak penting di dalam perjuangan. Kepimpinan sebuah harakah Islamiyah sepatutnya mengambil perhatian yang lebih serius terhadap persoalanan ini, kerana dengan mengembalikan petugas gerakan kepada masjid, kita telah mengembalikan hakikat perjuangan Islam kepada situasi dan ketika Islam bermula di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

Dari ayat ini jelas difahami bahawa seseorang yang dapat mendisiplinkan diri berkomitmen memakmurkan rumah Allah ialah mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan tidak takut kepada apa jua pun, selain takutnya hanya kepada Allah.

PENUTUP

Amal yang soleh adalah amal yang sentiasa beriringan dengan keimanan. Justeru itu kita dapati di dalam al-Quran, setiap kali Allah menyebut iman, ia akan diiringi dengan amal soleh yang menjadi bukti kebenaran kepada harga sebuah keimanan. Kedua-duanya itu, iaitu iman dan amal soleh adalah merupakan sebab di antara sebab-sebab kemenangan, dan punca umat Islam dapat berpasak kuat memimpin manusia di atas jalan hidayah apabila kuasa pemerintahan sudah berada di tangan mereka. Bahkan ia adalah sebab bagi kebahagian insane untuk mengecap kebahagiaan abadi di akhirat nanti.

0 comments:

Friday, March 1, 2013

SIRI TARBIAH 3 - TAQWA


MUQADDIMAH

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13

Maksudnya ;
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamudari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pegetahuan-Nya (terhadap keadaan dan amalan kamu).

Asal kejadian manusia adalah daripada Adam alaihisalam. Daripada Adam, Allah ciptakan pula Hawa alaihassalam. Bermuala daripada sini, berkembang biaklah manusia, sehingga terpecahlah manusia kepada berbagai-bagai bangsa dan berbagai-bagai qabilah.

Di dalam ayat ini Allah SWT menegah manusia daripada bermegah-megah dengan keturunan, harta benda dan sebagainya. Allah menciptakan manusia berbangsa-bangsa dan bekabilah-kabilah, hanya bertujuan untuk manusia saling berkenalan antara mereka, selain untuk mengetahui siapa yang dekat dan jauh di dalam nasab keturunan, bukan untuk berbangga-bangga dengan keturunan. Tidak ada kemulian sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain, seseorang dengan seseorang yang lain kecuali dengan taqwa.

DEFINASI TAQWA

Para ulama Rahimahullaah telah menjelaskan apa yang dimaksud dengan taqwa. Di antaranya, Imam Ar-Raghib Al-Ashfahani mendefinisikan: "Taqwa Iaitu menjaga jiwa dari perbuatan yang membuatnya berdosa, dan itu dengan meninggalkan apa yang dilarang, menjadi sempurna dengan meninggalkan sebagian yang dihalalkan".Sedangkan Imam An-Nawawi mendefinisikan taqwa dengan "Mentaati perintah dan larangan-Nya." Maksudnya, menjaga diri dari kemurkaan dan adzab Allah Subhannahu wa Ta'ala Hal itu sebagaimana didefinisikan oleh Imam Al-Jurjani "Taqwa yaitu menjaga diri dari pekerjaan yang mengakibatkan siksa, baik dengan melakukan perbuatan atau meninggalkannya."Karena itu, siapa yang tidak menjaga dirinya, dari perbuatan dosa, berarti dia bukanlah orang bertaqwa. Maka orang yang melihat dengan kedua matanya apa yang diharamkan Allah, atau mendengarkan dengan kedua telinganya apa yang dimurkai Allah, atau mengambil dengan kedua tangannya apa yang tidak diridhai Allah, atau berjalan ke tempat yang dikutuk Allah, berarti tidak menjaga dirinya dari dosa.
Jadi, orang yang membangkang perintah Allah serta melakukan apa yang dilarang-Nya,
dia bukanlah termasuk orang-orang yang bertaqwa. Orang yang menceburkan diri ke dalam maksiat sehingga ia mendapat murka dan siksa dari Allah, maka ia telah mengeluarkan dirinya dari barisan orang-orang yang bertaqwa.


UKURAN INSAN TERMULIA

Penilaian yang paling tepat untuk menentukan siapa yang terbaik adalah berpandukan neraca dan suluhan syarak.Taqwa adalah ukuran kemuliaan seseorang insane. Sabda Rasulullah SAW :

قام رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم وهو على المنبر، فقال: يا رسول الله، أي الناس خير؟ فقال صلى الله عليه وسلم: "خير الناس أقرؤهم، وأتقاهم لله عز وجل، وآمرهم بالمعروف، وأنهاهم عن المنكر، وأوصلهم للرحم" (2) .
Maksudnya;
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW, ketika Nabi sedang berada di atas mimbar, seraya terus berkata: Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik ? Jawab Rasulullah: Manusia yang paling baik ialah siapa yang paling mengetahui terhadap Kitabullah, paling bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla, yang paling banyak menjalankan kerja amar maaruf dan nahi mungkar, dan paling banyak menghubungkan tali silaturrahim.

Begitulah taqwa telah mengambil tempat yang tinggi untuk menjadi ukuran kemuliaan seseorang manusia, bahkan ia tetap kayu neraca Allah terhadap manusia pada hari akhirat nanti. Sabda Rasululllah SAW :

"إنَّ اللّهُ لا يسألُكُمْ عَنْ أحْسابِكُمْ وَلا عَنْ أنْسابِكُمْ يَوْمَ القِيامَةِ، إن أكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّهِ أتْقاكُمْ".
Maksudnya;
Sesungguhnya Allah tidak bertanya mengenai kedudukan dan keturunan kamu pada hari kiamat nanti. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah siapa yang paling bertaqwa.

Sabda Rasulullah SAW :

إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم، ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم"

Maksudnya;
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.

TUNTUTAN TAQWA

Taqwa menuntut kita mati sebagai seorang Islam. Bahkan lebih daripada itu, kita wajar mendambakan untuk mati di dalam perjuangan Islam. Firman Allah SWT di dalam surah Ali-Imran : 102

يا ايها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقا ته ولا تموتن إلا و أنتم مسلمونMaksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati, kecuali mati dalam keadaan (beragama) Islam”.

Dari ayat ini dapat disimpulkan bahawa seorang muslim mesti berkomitmen dengan tiga komitmen :Komitmen Pertama
Komitmen pertama dari seorang muslim adalah beriman. Ciri-ciri orang yang beriman ialah seperti firman Allah di dalam surah Al Anfal : 2 – 3Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah; yang apabila di sebut asma Allah bergetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah iman mereka, dan kepada Allahlah mereka bertawakal. Iaitu orang-orang yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami (Allah SWT) berikan kepada mereka”.


Komitmen Kedua;


Komitmen kedua seorang muslim adalah “Ittaqullah” iaitu bertaqwa kepada Allah SWT. Seorang muslim yang telah berkomitmen kuat beriman kepada Allah SWT akan berkerja untuk meningkatkan kualiti darjat keimanannya kepada darjat taqwa, iaitu menjalankan seluruh perintah Allah SWT dan meninggalkan semua larangan Allah SWT.
a- Komitmen Ketiga;
b- Komitmen ketiga dari seorang muslim adalah “Tamuutun Fil Islam” iaitu mati dalam keadaan Islam. Semoga keimanan dan ketaqwaan yang kita jalani dalam hidup ini akan menjadi modal kepada kita untuk menghadapi kematian, dan menjadi modal untuk menjadi orang yang beruntung di dunia dan akhirat nanti”.

TAQWA ADALAH JALAN KELUAR SEMUA PERMASALAHAN

Ketaqwaan adalah suatu yang amat penting bagi petugas di dalam gerakan Islam. Justeru kita sering bertembung dengan bebagai kesukaran, mehnah, ujian dan permasalahan di dalam berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Firman Allah di dalam Surah At-Talaq:( 2-3):

ومن يتق الله يجعل له مخرجا . ويرزقه من حيث لا يحتسب
Maksudnya :
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan memberi-nya rizki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan bahwa orang yang merealisasikan taqwa akan dibalas Allah dengan dua hal. Pertama, “Allah akan mengadakan jalan keluar baginya.” Ertinya, Allah akan menyelamatkannya –sebagaimana dikatakan Ibnu Abbas Radhiallaahu anhu – dari setiap kesusahan dunia maupun akhirat. Kedua, “Allah akan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangka.” Ertinya, Allah akan memberinya rezki yang tidak pernah ia harapkan dan angankan. Al-Hafiz Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan: “Maknanya, barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya, niscaya Allah akan memberinya jalan keluar serta rezki dari arah yang tidak disangka-sangka, yakni dari arah yang tidak pernah terlintas dalam benaknya. Alangkah agung dan besar buah taqwa itu! Abdullah bin Mas’ud Radhiallaahu anhu berkata: “Sesungguhnya ayat terbesar dalam hal pemberian janji jalan keluar adalah: ”Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya”.
Ayat lainnya adalah firman Allah:

ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض , ولكن كذبوا فأخذناهم بما كانوا يكسبون
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada me-reka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendus-takan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka di-sebabkan perbuatan mereka sendiri". (Al-A’raf: 96). Menurut Ibnu Abbas R.A, dalam ayat yang mulia ini Allah menjelaskan, seandainya penduduk negeri-negeri merealisasikan dua hal, yakni iman dan taqwa, nescaya Allah akan melapangkan kebaikan (kekayaan) untuk mereka dan memudahkan mereka mendapatkannya dari segala arah.

KEMENANGAN ISLAM DI TANGAN GENERASI TERBAIK


Sesungguhnya Islam akan menang di tangan generasi yang terbaik, yang taqwa adalah semestinya menjadi pra-syarat ke arah kemenangan yang diimpikan itu. Generasi yang terbaik adalah generasi yang memperaktikkan taqwa di dalam kehidupan mereka seharian, di dalam keluarga, organisasi dan perjuangan. Firman Allah di dalam surah al-Maidah : 35 :

يا أيها لذين آمنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة وجاهدوا فى سبيله لعلكم تفلحون

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepada-Nya (dengan mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya) dan berjuanglah pada jalan Allah, kamu pasti akan beroleh kejayaaan.
PENUTUP
Betapa pentingnya taqwa menjadi praktikal hidup kita. Dengan berbekalkan taqwa, kita akan menjadi mulia dan kita akan dibantu di dalam perjuangan. Bahkan dengan bermodalkan taqwa, kita akan berhasil mencipta sebuah kemenangan untuk perjuangan Islam yang sedang kita gerakkan ini. Allahu Akbar!!! 

0 comments: